NILAM bermaksud "Nadi ILmu Amalan Membaca". Program ini dilancarkan untuk memupuk semangat membaca di kalangan pelajar. Untuk menyambut pelancaran program NILAM, guru-guru telah diberi buku tanda sebagai cenderamata. 
             Seterusnya, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menarik minat membaca pelajar. Salah satu aktiviti yang telah dijalankan ialah merekod bahan bacaan ke Buku NILAM. Setiap minggu, guru kelas masing-masing akan menyemak dan mencatat amaun buku yang telah direkod dalam Buku NILAM pelajar sehingga ke akhir tahun. Pelajar yang mencapai amaun yang dikehendaki akan diberi ganjaran. 
              Selain itu, aktiviti bacaan 5 minit juga dilangsungkan. Pada setiap perhimpunan, 5 minit akan diberi kepada pelajar untuk membaca buku. Dengan kerjasama unit Disiplin, pelajar harus membaca buku peraturan sekolah semasa bacaan 5 minit sepanjang bulan pertengahan Januari hingga pertengahan Februari supaya pelajar-pelajar boleh lebih mengenali peraturan-peraturan sekolah.

var _gaq = _gaq || []; _gaq.push(['_setAccount', 'UA-29472392-1']); _gaq.push(['_trackPageview']); (function() { var ga = document.createElement('script'); ga.type = 'text/javascript'; ga.async = true; ga.src = ('https:' == document.location.protocol ? 'https://ssl' : 'http://www') + '.google-analytics.com/ga.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(ga, s); })();